Racun_rumpai
Racun_rumpai

Racun_rumpai

Racun rumpai ialah racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh rumpai dan tumbuhan yang tak dikehendaki.[1] Terdapat dua sifat racun rumpai iaitu selektif (memilih) dan tidak selektif (tidak memilih). Racun rumpai selektif hanya mematikan rumpai atau spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan tanaman dalam keadaan terkawal. Sesetengah tindakan ini adalah dengan mengganggu pertumbuhan rumpai dan selalunya bersifat "peniruan" hormon tumbuhan. Pemilihan mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan.Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan imazapic.Racun rumpai tidak selektif bertindak terhadap spesies tumbuhan tertentu dan mematikan tumbuhan yang terkena racun. Ia digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, kereta api dan benteng keretapi. Paraquat, glufosinate, glyphosate adalah racun rumpai tidak selektif. Ia membunuh semua jenis tumbuhan tersentuh olehnya. Kuantiti sedikit digunakan di perhutanan, sistem pastura dan pengurusan kawasan yang terdapat hidupan liar seperti di Zoo.Sesetengah tumbuhan menghasilkan racun rumpai secara semula jadi seperti genus Juglans (walnut), atau pokok Syurga; tindakan seperti ini atau beberapa interaksi kimia berkaitan digelar alelopati.Racun rumpai digunakan secara meluas dalam bidang pertanian dan pengurusan rumput turf. Di Amerika Syarikat, hampir 70% daripada jumlah racun makhluk perosak yang digunakan adalah racun rumpai.[1] Antara puncanya ialah racun rumpai dapat mengawal rumpai dengan lebih baik, murah dan menjimatkan masa. Di Malaysia, corak penggunaan racun rumpai tidak banyak berbeza dengan negara-negara maju. Perbelanjaan terhadap racun rumpai meningkat 15% setiap tahun. Adalah dijangkakan bahawa penggunaan racun kimia khususnya racun rumpai akan terus meningkat selagi tiada cara-cara lain yang lebih baik sebagai pengganti untuk mengawal rumpai.