Radio_Bayu

Radio Bayu merupakan sebuah stesen radio swasta yang beroperasi di Sabah yang menyiarkan lagu-lagu etnik di Sabah. Radio Bayu ini siperkenalkan oleh rangkaian televisyen satelit Astro.Radio Bayu yang boleh didengari di saluran 869 Astro ini menyiarkan lagu Kadazandusun, Murut dan Bajau, selain turut mengetengahkan lagu-lagu Melayu yang dinyanyikan artis Sabah seperti Stacy AF, Adam AF dan Felix AF.Selain artis baru, para pendengar Radio Bayu berpeluang mendengar kehebatan nyanyian artis-artis veteran tempatan seperti mendiang John Gaisah dengan lagu-lagunya iaitu Miniagal O Sinsing (Seperti Sebentuk Cincin) dan Taragang Rasuk (Baju Merah), selain lagu Sayang Kinabalu oleh Allahyarham Kimin Mudin yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Sabah dan sering dinyanyikan dalam majlis tertentu atau acara keramaian di negeri ini.Penyanyi tempatan lain juga turut diketengahkan seperti, Justin Lusah yang tidak asing lagi dengan lagu, Jambatan Do Tamparuli atau Jambatan Tamparuli. Radio Bayu merancang bagi memfokuskan 100 peratus kepada budaya muzik tempatan dan tradisional etnik negeri akan memastikan juruhebahnya berkomunikasi menggunakan bahasa Sabah sepenuhnya. Ini termasuk bertutur dalam bahasa Kadazandusun, Murut dan Bajau tetapi menggunakan slanga Sabah, kebiasaannya pada akhir ayat akan ada perkataan 'bah'.Pengenalan radio Bayu ini diharap mampu memberi peluang kepada artis-artis tempatan di Sabah untuk lebih maju dalam industri hiburan di Malaysia. Penyampai radio pertama yang dipilih oleh Astro bagi mengendalikan stesen radio itu terdiri daripada empat anak jati Sabah. Mereka ialah Constantine Anthony, Yuriz Abdul Rahman, Jamie Roscom dan Rydiana Abdul Rahim.Constantine yang berasal dari Penampang sebelum ini pernah bertugas di saluran radio Trax.fm RTM selama beberapa tahun. Jamie pula merupakan Pemegang Diploma Penyiaran daripada Institut Integriti Media Malaysia (MIIM)[1]