ETV Radio_Television_Hong_Kong

RTHK bersama Biro Pendidikan Hong Kong menerbitkan Educational Television (ETV, 教育電視), iaitu sesiri rancangan pendidikan untuk tatapan pelajar sekolah rendah dan menengah, bersiaran pada waktu-waktu bukan perdana di stesen-stesen RTHK. ETV julung kalinya bersiaran pada tahun 1971 untuk pelajar Tahun 3 dan dilanjutkan ke pelajar Tahun 6 pada tahun 1974. Pada tahun 1978, ETV diluaskan lagi untuk meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 3. RTHK pernah menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan ini di stesen-stesennya pada waktu siang bukan kemuncak, tetapi kini menyalurkannya melalui Internet sahaja.

Rancangan-rancangan yang meliputi matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik dan Putonghua disediakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala matapelajaran Sains dan Kemanusiaan hanya untuk pelajar sekolah menengah sementara rancangan Kajian Am direka untuk pelajar sekolah rendah sahaja primary students only.

Ramai yang telah mengelirukan ETV dan bahagian ETV di RTHK. Selain rancangan sekolah ETV, bahagian ETV di RTHK banyak menerbitkan rancangan TV pendidikan umum untuk tontonan awam, seperti The Road Back (鐵窗邊緣), Anti-Drug Special (毒海浮生), Sex Education (性本善), Doctor and You (醫生與你).