Penemuan Rafflesia_kerrii

Spesies ini dinamakan sempena seorang pakar tumbuhan Ireland, Arthur Francis George Kerr yang mengumpul tumbuhan dengan meluas di Thailand. Kerr adalah orang pertama yang mengumpulkan spesimen bagi spesies ini pada 1927 dan tiganya lagi pada 1929. Spesimen yang kemudian dijadikan spesimen jenis itu, dikumpul pada 3 Februari 1929 di Khao Pho Ta Luang Kaeo berdekatan Ranong. Ia dikumpul secara saintifik beberapa kali selepas itu, dipercayai sebagai R. patma. Pada 1989, Willem Meijer menerangkannya menjadi spesies berasingan.[2]