Rahang merupakan sebuah
bandar yang terletak di
daerah Seremban,
Negeri Sembilan.Kawasan Rahang meliputi sepanjang
Jalan Tuanku Antah,
Jalan Za'aba, Medan Rahang, Rahang Kecil, Kampung Baru Rahang,
Jalan Tok Ungku, Kampung Abok, Kampung Pasir dan Taman Seri Rahang.Sejarah awal Rahang berkait rapat dengan perdagangan dan perlombongan bijih timah di sekitar
Sungai Ujong. Rahang dipercayai menjadi pangkalan persinggahan para pedagang dan pelombong bijih timah yang melalui
Sungai Linggi.Pada tahun 2009, projek pembinaan Lebuhraya
Lingkaran Tengah Seremban (LTS)telah bermula yang melibatkan laluan di kawasan Rahang. Laluan Kg Dato' Mansor-Rahang siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2010. Laluan tersebut menjadi jalan rentas bermula dari persimpangan Rasah. Terdapat dua susur keluar yang melalui kawasan Rahang iaitu Susur keluar Rahang Kecil dan Jalan Tuanku Antah.Pada tahun 2010, Pasaraya Borong Carrefour telah dibuka di Rahang.
Wakil RakyatDUN Rahang diwakili oleh YB saudara M.K Arumugam dari parti
DAPJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.