Raja_Farah

Raja Farah Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988 [nota 1] ), atau lebih dikenali sebagai Raja Farah merupakan seorang pelakon dan juga model dari Malaysia. Beliau membesar dan menetap di Shah Alam, Selangor. Di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskandar dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.Pada tahun 2010 beliau telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem Haq di Festival Filem Malaysia ke-23.

Raja_Farah

Pekerjaan Pelakon, model
Pasangan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria (2010 – 2015; bercerai)
Iskandar Ismail (berkahwin 2015)
Anak Imran Iskandar (2016)
Tahun aktif 2001 - sekarang
Kelahiran Raja Farah Raja Aziz
(1988-07-05) 5 Julai 1988 (umur 31)
Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian 1.63 m (5 ka 4+3⁄16 in)