Kerjaya Raja_Hakim

Kerjaya lakonan Raja Hakim bermula pada tahun 2012, dengan membintangi drama Timah Lambak sebagai pelakon tambahan.

Lima tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang turut disertai oleh Riena Diana. Selepas DFKL 2017 tamat, beliau ditawarkan membintangi beberapa drama TV termasuk Dekatkan Jarak Kita dan Manipulasi.