Raja_Jaafar_bin_Raja_Aris

Allahyarham Raja Jaafar bin Raja Aris atau lebih dikenali sebagi R. Jaafar merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari Batu Pahat, Johor memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV 1975 anjuran RTM bersama rakan baiknya, A. R. Badul[2] di Ipoh, Perak. Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan Malaysia - Thailand di Kedah.

Raja_Jaafar_bin_Raja_Aris

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelawak, Pelakon
Pasangan Aishah Abdullah
Warganegara Malaysia
Meninggal dunia 14 Mei 1995
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Sebab kematian Serangan jantung dan penyakit paru-paru berair
Kelahiran Raja Jaafar bin Raja Aris
1932 [1]
Batu Pahat, Johor
Kediaman Flet Seri Selangor