Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang. Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat. YAB Menteri Besar
Kelantan Tuan Guru Dato'
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah salah seorang kerabat raja Jembal.
Mengikut satu dongeng sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan
Raja Bersiung dari
Kedah, yang membawa diri ke
Kelantan (tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah).
[1][2] Semasa berada di Jembal, baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan. Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu
Raja Loyor,
Raja Bahar,
Raja Umar,
Raja Sungai,
Puteri Sayu Bari,
Puteri Unang Melur, dan
Puteri Cempaka Bongsu.
[3]Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan Jembal, iaitu mulaï 1638.
[4] Baginda kemudiannya melantik putera baginda,
Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala
Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara,
Raja Umar sebagai Temenggung, dan
Raja Sungai sebagai Raja Muda.
[5]Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan
Cik Siti Wan Kembang (1610 - 1667).
Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709).
Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti
Raja Ungu (1624 - 1635) dan
Raja Kuning (1635 - 1688). Selepas pemerintahan
Raja Kuning inilah
Patani mulaï merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk). Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau
Long Besar yang kemudiannya memerintah Jembal, adalah salah seorang daripada datu
Patani.
[6]Kerajaan Jembal berakhir pada 1720-an apabila
Raja Kecil Sulung putera
Raja Umar (ketika itu
Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya
Long Bahar atau
Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari
Patani tadi.