Raja_Lawak
Raja_Lawak

Raja_Lawak

Raja Lawak Astro sebuah rancangan realiti televisyen yang berkonsepkan pencarian bakat sebagai pelapis kepada golongan pelawak elit sedia ada ini agar dapat diketengahkan dalam industri seni hiburan di Malaysia. Ia pernah disiarkan di Astro Ria pada musim pertama tetapi disiarkan di saluran Astro Prima selepas musim kedua hingga musim kelima dan akhirnya berpindah ke Astro Warna dan Astro Mustika HD untuk musim keenam hingga musim Ketujuh. Setiap minggu, peserta akan menampilkan jenaka mengikut tema yang ditetapkan di atas pentas. Program realiti ini telahpun memulakan siarannya pada awal tahun 2007 yang menampilkan ramai peserta yang kini sudahpun aktif dalam industri seni hiburan. Antara yang paling menonjol setakat ini adalah Johan, Zizan dan Nabil. Program terbaru pula akan disiarkan di Astro Warna selepas tamatnya Raja Lawak 5 iaitu Maharaja Lawak yang menggabungkan kesemua finalis Raja Lawak untuk kembali merebut takhta Maharaja Lawak dan dinobatkan sebagai pelawak terbaik negara.