Kontroversi Raja_Petra_Kamaruddin

Saman fitnah RM4 juta

Pada 26 Mac 2008, Raja Petra Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta setelah tidak menghadirkan diri dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi.[9]

Selain Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (PKR),Ketua Pengarang akhbar PKR, Suara Keadilan dan editornya turut diperintah membayar RM3 juta atas kes yang sama.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Mahkamah memutuskan Raja Petra sebagai defendan pertama didapati memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya Malaysia-Today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya?

Raja Petra pula mendakwa bahawa ia berdasarkan surat yang ditulis kepadanya oleh bekas perwakilan pelajar dan dia enggan membayar gantirugi memfitnah tersebut. Dia sebaliknya mendakwa bahawa kemenangan Nordin Kadir tidak menunjukkan keadilan sebaliknya Nordin Kadir menang kerana Raja Petra enggan hadir ("He went to the football field and our team did not show up so he shot all the goals by himself.")

Pandangan mengenai pemecatan Tun Salleh Abas

Dalam banyak tulisannya, Raja Petra dilihat sebagai seorang yang pro-Mahathir. Dalam tulisannya "Smokescreens and disinformation: a distraction of issues"[10], beliau mendakwa pemecatan Tun Salleh Abas sebagai ketua hakim negara adalah kerana Tun Salleh Abas menulis surat kepada Agung mengadu mengenai bunyi bising semasa proses mengubahsuai istana Agung. Salinan surat dihantar kepada Raja-raja lain yang menyebabkan Agung ketika itu murka. Perkara ini ditulis seperti berikut:

What happened was that the Chief Justice had a home next door to the Agong’s and His Majesty’s house was under renovation. The Chief Justice was displeased with the noise and pollution and he wrote a letter to the Agong with copies to all the Rulers complaining about the matter. The Agong was upset with this insolence on the part of the Chief Justice. Writing a complaint letter is one thing and could be forgiven since this was a genuine grievance -- though an audience would have been the correct protocol instead of a complaint letter -- but to copy the letter to all the Rulers smacks of pressure.

The Agong was outraged and demanded that Mahathir sack the Chief Justice for this insolence that tantamount to misconduct. Mahathir, however, replied that he does not have the authority to sack the Chief Justice and that this can only be done through a Tribunal. The Agong then commanded (titah) that a Tribunal be set up, which was to report direct to His Majesty. The Tribunal found the Chief Justice guilty of misconduct and sent its recommendation to the Agong, who then removed the Chief Justice.

Terjemahannya seperti berikut:

Apa yang berlaku kepada Ketua Hakim adalah beliau tinggal bersebelahan dengan Agung dan istana Baginda ketika itu sedang diubah suai. Ketua Hakim tidak suka dengan bunyi bising dan pencemaran yang berlaku dan beliau menulis surat kepada Agung dengan salinan dihantar ke semua Raja-Raja mengadu mengenai perkara berikut. Menulis surat aduan adalah satu perkara dan boleh dimaafkan kerana perkara ini adalah rungutan yang benar - walaupun mengadap merupakan protokol yang betul dan bukannya surat aduan - tetapi salinan surat kepada Raja-Raja yang lain seperti satu tekanan.

Agung menjadi murka dan menuntut Mahathir memecat Ketua Hakim untuk perbuatan biadap ini yang disamakan dengan salah laku. Mahathir, bagaimanapun, menjawab yang beliau tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Hakim dan ini hanya boleh dilakukan melalui Tribunal. Agung kemudiannya bertitah sebuah Tribunal dibentuk dan melaporkan terus kepada Baginda. Tribunal mendapati Ketua Hakim bersalah dalam hal ini dan menghantar cadangannya kepada Agung yang kemudiannya memecat Ketua Hakim.

Untuk pandangan lain mengenai isu ini:

Kes Altantuya

Pemilik web Malaysia-today.net Raja Petra Raja Kamaruddin telah menulis artikel berhubung kes Altantuya . Beliau telah menulis artikel bertajuk "Lets send the Altantuya murderes to hell” dan menyentuh penglibatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akibatnya rumah beliau di Sungai Buloh,Selangor telah dikunjungi oleh pihak polis dari jenayah siber Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sebuah komputer telah dibawa untuk siasatan lanjut dan beliau diminta hadir ke Ibu pejabat Polis bahagian jenayah siber, di Jalan Dato Onn di Kuala Lumpur.

Peguam beliau ialah William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dan Bendahari PKR. Beliau akan didakwa di bawah Akta Hasutan Seksyen 4C kerana menghasut. Pegawai penyiasat ialah DSP Rajagopal dan ASP Tan Kok Liang.

Siasatan terpaksa dibuat kerana 'mencampuri' perbicaraan kes Altantuya yang masih berlangsung di mahkamah . Superintenden Gan Tack Guan telah memfailkan laporan tersebut berdasarkan artikel tersebut bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Isteri Petra,Marina Lee Abdullah cuba mendapatkan bantuan daripada peguam yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Tetapi Wee dihalang memasuki premis Bukit Aman.[11]

Pada 6 Mei 2008 Raja Petra Kamaruddin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan ekoran tulisannya tentang Altantuya pada 25 April 2008. Jika sabit kesalahan , beliau boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun dan atau denda tidak lebih RM5,000. Perbicaraan kes ditetapkan pada 6 hingga 10 Oktober 2008. William Leong selaku peguambela merayu rakyat Malaysia mengutip RM1 bagi menjelaskan ikat jamim tersebut.[12]

Di Dewan Rakyat pula, Lim Kit Siang dari DAP dan lain-lain membangkitkan kewajaran penahanan Raja Petra Kamaruddin.

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. [13] Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut.[14], [15]

Rujukan

WikiPedia: Raja_Petra_Kamaruddin http://www.smh.com.au/articles/2002/03/29/10172061... http://www.blogger.com/profile/2933506 http://rockybru.blogspot.com/2007/08/ah-marina-raj... http://www.malaysiakini.com/news/90208 http://www1.malaysiakini.com/news/89544 http://www1.malaysiakini.com/news/89549 http://www.malaysiatoday.com/berita http://www.suarakeadilan.com/isi/2008/05/02/raja-p... http://www.asiamedia.ucla.edu/article.asp?parentid... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/...