Rambo_Chin

Chin Kia Shin atau lebih dikenali sebagai Rambo Chin (1944–5 Ogos 2001)[1] merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia berketurunan Cina. Beliau terkenal menerusi watak Uncle Stanley dalam sitkom Spanar Jaya, yang disiarkan di ntv7.[2]Selain itu, beliau juga terkenal menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Syed Muradzi Syed Shamsul (Dee). Chin juga membintangi filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman.Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 2001 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat serangan jantung pada usia 57 tahun. Chin meninggalkan balu Yoo Kim Yeak dan seorang anak lelaki, Chin Chan Fai.[3]