Biografi Ramon_Llull

Awal hidup

Ramon lahir dalam sebuah keluarga kaya dari Barcelona, Catalonia [7] di Palma, ibu kota Kerajaan Majorca yang baharu sahaja didirikan Raja Jaume I setelah kerajaan Aragonnya menakluk Kepulauan Balear berikutan penewasan Khilafah Almohad.[8]

Llull berkhidmat sebagai pengajar peribadi Putera Jaume II, malah beliau dilantik sebagai ketua pentadbir kerabat diraja sana dengan gelaran Seneschal.

Hidup sebagai seorang agamawan

Pada Julai tahun 1263,[9] beliau mengalami suatu keadaan di mana beliau terlihat bayangan Yesus Kristus disalib beberapa kali. Hal ini mendorongnya untuk meninggalkan segala harta kebendaannya untuk menjadi seorang paderi. Beliau mempunyai beberapa matlamat tersendiri dalam usahanya mahu menjadi paderi: mengkristiankan orang Islam Sepanyol, menulis buku mengenai cara mengajak penganut agama lain menerima ajaran Kristian serta meminta dana dari Paus untuk menubuhkan biara-biara yang bertujuan mengajar bahasa asing kepada para mubaligh.[7][10]:6

Demi mencapai matlamat ini, Llull berusaha agar mewujudkan pejabat=pejabat bahasa Arab serta bahasa-bahasa Eropah lain.[11][12] Beliau juga turut menjelajah ke serata Eropah dengan percubaan meyakinkan para raja dan paderi terhadap idea ini.[13] Beliau berjaya mendapat sokongan Raja Jaume II yang mendana sebuah sekolah bahasa untuk para mubaligh Franciscus - sekolah ini didirikan pada tahun 1276.[14]

Beliau ke Tunis (pada ketika itu diperintah Kerajaan Hafsiyah) pada 1291 di mana beliau cuba berhujah dalam bidang falsafah dengan masyarakat setempat di sana. Belia ke sana sekali lagi pada tahun 1304 di mana beliau berutus surat dengan Khalifah yang memerintah Tunis.[15][16]:10-11, 34-37

Senja hidup

Rujukan

WikiPedia: Ramon_Llull http://books.google.cat/books?id=SDP9rub30xEC&prin... http://www.ub.edu/llulldb/p.asp?lang=en http://quisestlullus.narpan.net/eng/1_intro_eng.ht... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Llull,... http://www.gutenberg.org/author/Llull,+Ramon https://books.google.com/books?id=E1NPDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=GQBpfzln0zkC&pg=... https://books.google.com/books?id=rILmCwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=tlH7yaAQHEoC&pg=... https://openlibrary.org/authors/OL148354A