Rampasan_kuasa_Mali_2012
Rampasan_kuasa_Mali_2012

Rampasan_kuasa_Mali_2012

Sadio Gassama
(Brigadier jeneral dan menteri pertahanan Mali)
Rampasan kuasa Mali 2012 bermula pada 21 Mac, apabila pemberontak askar-askar Mali yang tidak gembira dengan pengurusan Pemberontakan Tuareg 2012 telah menyerang beberapa tempat di ibu negara Bamako, termasuklah istana presiden, televisyen negara, dan berek tentera. Askar-askar ini berkata mereka telah membentuk Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pemulihan Demokrasi dan Negara,[7] mengisytiharkan keesokan harinya yang mereka telah menggulingkan kerajaan Amadou Toumani Touré, memaksa beliau menyembunyikan diri. Rampasan kuasa ini diikuti oleh kutukan antarabangsa "sebulat suara", sekatan keras oleh jiran Mali, dan kehilangan segera utara Mali kepada angkatan Tuareg, menyebabkan Reuters memerikan rampasan kuasa ini sebagai "gol sendiri hebat".[8] Pada 6 April, junta tersebut telah bersetuju dengan para perunding ECOWAS bahawa mereka akan turun daripada kuasa dengan syarat mereka menamatkan sekatan, memberi kuasa kepada kerajaan peralihan yang dipimpin oleh speaker parlimen Diouncounda Traoré. Beberapa hari berikutnya, kedua-dua Touré dan ketua rampasan kuasa Amadou Sanogo meletakkan jawatan secara rasmi.[9]Dalam usaha mengembalikan kestabilan ke Mali, satu kerajaan perpaduan kebangsaan dibentuk pada 20 Ogos, dan dipersetujui oleh presiden sementara Dioncounda Traoré.[10] Cheick Modibo Diarra, yang memimpin kerajaan sementara, kekal sebagai perdana menteri. Kabinet baharu ini terdiri daripada 31 menteri, dan lima daripadanya dilihat rapat dengan ketua CNRDR Kapten Amadou Sanogo.[11] Sekurang-kurangnya empat anggota kerajaan peralihan sebelum ini kekal dalam kabinet.[10] Namun tidak seorangpun menteri baharu memiliki hubungan rapat dengan presiden Touré yang digulingkan.[12]

Rampasan_kuasa_Mali_2012

Tarikh 21 Mac 2012 – 8 April 2012
TarikhLokasiHasil
Tarikh21 Mac 2012 – 8 April 2012
Lokasi Mali
12°39′N 8°0′W / 12.650°N 8.000°W / 12.650; -8.000
Hasil
  • Askar yang belot menawan istana presiden, media negara dan bangunan lain, memaksa presiden Touré bersembunyi
  • Askar yang belot mendakwa rampasan kuasa berjaya, mengisytiharkan perintah berkurung seluruh negara dan menggantung perlembagaan
  • Pemberontakan Tuareg mengawal utara Mali dan mengisytiharkan kemerdekaan negara Azawad
Lokasi Mali
12°39′N 8°0′W / 12.650°N 8.000°W / 12.650; -8.000
Hasil
  • Askar yang belot menawan istana presiden, media negara dan bangunan lain, memaksa presiden Touré bersembunyi
  • Askar yang belot mendakwa rampasan kuasa berjaya, mengisytiharkan perintah berkurung seluruh negara dan menggantung perlembagaan
  • Pemberontakan Tuareg mengawal utara Mali dan mengisytiharkan kemerdekaan negara Azawad

Rujukan

WikiPedia: Rampasan_kuasa_Mali_2012 http://www.aljazeera.com/news/africa/2012/04/20124... http://www.cbsnews.com/8301-501710_162-57496913/ma... http://www.huffingtonpost.com/2012/03/31/mali-rebe... http://www.nytimes.com/2012/03/23/world/africa/mal... http://af.reuters.com/article/maliNews/idAFL6E8EM0... http://in.reuters.com/article/2012/08/20/mali-cris... http://thinkafricapress.com/mali/how-cnrdr-took-co... http://www.voanews.com/english/news/africa/Mali-So... http://www.dailystar.com.lb/News/International/201... http://www.aljazeera.net/mob/f6451603-4dff-4ca1-9c...