Rancangan_permainan

Sebuah rancangan permainan atau rancangan kuiz (bahasa Inggeris:game show atau quiz show) melibatkan orang awam atau para selebriti, kadang-kadang secara berpasukan, yang bermain dalam suatu permainan, sama ada berbentuk kuiz soal jawab, menyelesai teka teki, atau menyahut cabaran fizikal dan/atau mental untuk meraih hadiah atau mata. Ada rancangan sedemikian yang memerlukan para pesertanya bersaing dengan satu sama lain dan ada yang melibatkan para peserta menyahut cabaran dengan sendirian bagi meperoleh keputusan yang memuaskan. Rancangan permainan sering memberi ganjaran kepada pesertanya seperti wang tunai, pakej percutian atau barang-barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penaja rancangan itu. Rancangan permainan televisyen awal diturunkan daripada rancangan-rancangan yang serupa di siaran radio.