Rapid_Penang
Rapid_Penang

Rapid_Penang

Rapid Penang, singkatan bagi Rapid Penang Sendirian Berhad, ialah sebuah syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendali perkhidmatan bas di negeri Pulau Pinang di Malaysia. Perkhidmatan Rapid Penang mula beroperasi mulai 31 Julai 2007.Rapid Penang merupakan syarikat pengendali pengangkutan awam kedua yang didirikan kerajaan Malaysia, setelah pelancaran Rapid KL pada tahun 2004 bagi mengambil alih segala pengendalian LRT dan sebahagian besar rangkaian bas di Lembah Klang. Rapid Penang merupakan anak syarikat Syarikat Prasarana Negara Berhad. Seperti Rapid KL, aset-aset yang dikendali oleh Rapid Penang adalah milik Syarikat Prasarana Negara Berhad.