Rasuah_di_Malaysia

Menurut tinjauan awam 2013 di Malaysia oleh Transparency International, majoriti isi rumah yang ditinjau menanggap bahawa parti-parti politik Malaysia amat korup.[1] Satu suku daripada isi rumah yang ditinjau menganggap bahawa usaha kerajaan untuk menentang rasuah tidak berkesan.Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2016 menarafkan Malaysia di tangga ke-55 daripada 176 negara.Para eksekutif niaga yang ditinjau dalam Global Competitiveness Report 2013-2014 oleh World Forum Ekonomi Dunia mendapati bahawa kelakuan luar etika syarikat merupakan kepincangan bagi berniaga di Malaysia.[2] Ada kalanya kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pertalian rapat, malah dasar-dasar menganugerahkan projek infrastruktur besar-besaran kepada syarikat Bumiputera terpilih tanpa tender terbuka masih wujud.[3]