Penerbitan Ratu_Kala_Jengking:_Puteri_Keranda

Ratu Kala Jengking diterbitkan berdasarkan kisah benar wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang juga dikenali dengan nama Puteri Keranda dan Puteri Jalang, yang mempunyai 99 suami.[4] Menurut A. Aida, tajuk asal filem ini ialah Scorpion Queen kerana beliau mahu memasarkannya ke pasaran antarabangsa, tetapi akhirnya ditukar kepada Ratu Kala Jengking. Beliau juga mendapatkan nasihat daripada pengarah Syafiq Yusof untuk proses imej janaan komputer (CGI) untuk filem itu.[5]

Nadia Brian yang terkenal dengan peranan TV termasuk Sweetie Nanie dan Lelakimu Yang Dulu, memegang watak Cik Siti Tanah Masyhur. Untuk menjayakan watak ini, Nadia terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang selama sebulan sebagai persiapan.[6]