Ringkasan Ratu_The_Movie

Mengisahkan sekumpulan 18 orang gadis yang menyertai Pertandingan Pesona Ratu. Filem dibuka dengan majlis pengumuman 10 orang peserta (daripada 18) dan bakal menyertai peringkat akhir. Peringkat akhir ini diadakan dalam format percutian menaiki sebuah kapal persiaran mewah.

Semasa hari pendaftaran, 2 orang peserta disingkirkan serta -merta kerana tiba lewat menjadikan hanya 8 orang peserta yang tinggal. Mereka diiringi oleh 4 orang urusetia.

Apabila tiba di sebuah pulau, mereka berlabuh untuk beristirahat dan berkhelah seketika. Apabila cuaca menunjukkan tanda -tanda ribut besar bakal melanda, Ketua Urusetia mengambil keputusan untuk berteduh seketika di pulau tersebut.

Daripada saat itu, seorang demi seorang dari kumpulan hilang secara misteri, dilihat diculik oleh sekumpulan manusia misteri yang mungkin mendiami pulau tersebut.

Akhirnya, didedahkan bahawa senario yang mencemaskan itu hanyalah satu ujian untuk memilih pemenang pertandingan tersebut.