Stadium Real_Chukai_F.C.

Real Chukai muncul sebagai kelab amatur pertama di Terengganu yang menguruskan fasiliti stadium sendiri melalui syarikat Glorious Innovation Sdn. Bhd. yang diperbadankan dan berkonsepkan kerjasama awam–swasta. Persetujuan mengambil alih Stadium Mak Chili dari pihak Majlis Perbandaran Kemaman bermula awal tahun 2020 menyaksikan Real Chukai diberi hak komersial sepenuhnya dalam pengurusan stadium tersebut[4].