Sejarah Redsquare

Pra-debut

4 orang ahli Red Square: Green, ChaeA, Ari, dan Bomin adalah bekas ahli kumpulan wanita Good Day, kumpulan wanita yang ditubuhkan oleh C9 Entertainment. Kumpulan ini membuat debut pada 30 Ogos 2017, dengan satu-satunya album mini mereka All Day Good Day.[2] Selepas debut, Green mengambil bahagian dalam rancangan survival The Unit bersama 5 ahli lain.[3] Namun, dia tersingkir semasa pusingan penyingkiran pertama dan berada di nombor ke-46.

Lina pada mulanya melakukan debut sebagai artis solo di bawah syarikat yang sama, menggunakan nama panggung Blenn, dengan album single Do I Feel pada 16 Mac 2020.[4] Dia juga muncul dalam produksi muzikal dan jenama kosmetik LUI & LUI.

2020: Debut dengan Prequal

Pada 23 Mac 2020, About Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan wanita pertama dengan 5 orang ahli dan selapas itu mereka mengeluarkan teaser pertama.[5] Syarikat itu perlahan-lahan mendedahkan ahli dengan inisial mereka, diikuti dengan nama pentas penuh mereka[6][7][8]

Kumpulan ini debut pada 19 Mei 2020 dengan album single pertama mereka Prequel, bersama dengan video muzik untuk single utama "ColorFull".[1]

Rujukan

WikiPedia: Redsquare http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=2017101... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://kookbang.dema.mil.kr/newsWeb/m/20170830/11/... https://www.facebook.com/about.REDSQUARE/ https://www.instagram.com/redsquare.official/ https://entertain.naver.com/now/read?oid=117&aid=0... https://entertain.naver.com/read?oid=011&aid=00037...