Kerjaya Redza_Minhat

Beliau mula menceburi bidang penulisan skrip sejak menuntut di sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar[3] dan pernah memenangi anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, Tat Nenas.[1] Selepas itu, beliau menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 yang diterimanya di Festival Teater Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah membuat teater tanpa bayaran sekitar tahun 2003/2004. Teater itu hanya dihadiri oleh enam orang penonton.[1]

Beliau telah berjaya menjadi graduan dalam pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan menghasilkan naskhah termasuklah Gadis Jalan Burmah, Toast dan I Lost The Plot. Beliau juga menceburi dunia lakonan menerusi teater pertamanya, Otak Tak Center. Melalui teater itu, beliau mengenali Bernard Chauly yang merupakan seorang pengarah filem dan drama. Selepas itu, Bernard mempelawanya untuk berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Gol & Gincu The Series dan Goda.[1]

Beliau pernah mengikuti bengkel teater Shakespeare yang diadakan secara percuma di Menara Duta, Sri Hartamas pada setiap Rabu dan Sabtu. Bengkel itu dikendalikan oleh guru teater yang bernama Chris Jacob.[1]