Madrasah Registan

Model kecil Registan, yang terletak di tengah bandar Samarkand, di ibu pejabat PBB di New York.

Registan terdiri daripada tiga madrasah iaitu: Madrasah Ulugh Beg (1417 - 1420) Madrasah Tilya-Kori (1646–1660) and Madrasah Sher-Dor (1619–1636). Madrasah ialah istilah bahasa Arab bermaksud sekolah.

Madrasah Ulugh Beg (1417 - 1420)

Madrasah Ulugh Beg, dibina oleh Ulugh Beg ketika era Tamerlane Empayar Timuriyah, mempunyai sebuah iwan dengan sebuah pishtaq atau tempat masuk yang bergerbang lancet yang menghadap medan bandar. Penjuru-penjuru diapit oleh beberapa menara masjid yang tinggi. Panel mozek di gerbang masuk iwan itu dihias dengan perhiasan yang digayakan secara geometrik. Halaman dalam yang berbentuk segi empat mempunyai sebuah masjid serta bilik-bilik kuliah, dan ia dipinggir dengan ruang asrama di mana pelajar tinggal. Terdapat beberapa galeri dalaman sepanjang paksi. Pada asalnya, Madrasah Ulugh Beg merupakan bangunan dua tingkat dengan empat darskhonas (bilik kuliah) yang berkubah terletak di penjuru-penjuru bangunan.

Madrasah Ulugh Beg (Bahasa Parsi: مدرسه الغ بیگ‎) merupakan salah satu universiti pendeta muslim di negara timur terbaik pada abad ke-15. Abdul-Rahman Jami, penyair, cendekiawan, ahli sains dan ahli falsafah Parsi yang hebat itu belajar di madrasah berkenaan.[1] Ulugh Beg sendiri memberi kuliah di sana. Ketika pentadbiran Ulugh Beg, madrasah tersebut dijadikan pusat pendidikan.

Madrasah Sher-Dor (1619 - 1636)

Pada abad ke-17, pemerintah Samarkand, Yalangtush Bakhodur, mengarahkan pembinaan madrasah Sher-Dor (Bahasa Parsi: شیردار‎) dan madrasah Tilya-Kori (Bahasa Parsi: طلاکاری‎). Mozek harimau dengan matahari yang terbit di belakangnya, pada setiap gerbang madrasah-madrasah berkenaan menarik, di mana mozek tersebut melanggar keharaman dalam Islam, iaitu penggambaran makhluk hidup pada bangunan beragama. Mozek tersebut menunjukkan motif agama Mithraic Parsi yang lebih purba. Terdapat sedikit pengaruh Majusi dalam seni bina.

Madrasah Tilya-Kori (1646 - 1660)

Sepuluh tahun kemudian, Madrasah Tilya-Kori (Bahasa Parsi: طلاکاری‎, bermaksud "berlapis emas") dibina. Ia bukan sahaja sebuah kawasan kolej untuk pelajar, malah memain peranan sebagai masjid utama. Ia mempunyai fasad utama setinggi dua tingkat dan sebuah halaman dalam yang luas diapit oleh ruang asrama, dengan empat galeri sepanjang paksi. Bangunan masjid itu diletak di bahagian barat halaman dalam itu. Dewan utama masjid itu dilapis dengan emas dengan banyak.

  • Madrasah Ulugh Beg
  • Madrasah Sher-Dor
  • Madrasah Tilya-Kori
  • Halaman dalam Madrasah Ulugh Beg
  • Harimau pada iwan Madrasah Sher-Dor
  • Madrasah Tilya-Kori pada abad ke-19