Sinopsis Remang

Mengisahkan tentang seorang DJ radio iaitu Ejay (Syafie Naswip) yang cuba untuk naikkan rating (populariti) pendengar dalam slot tengah malam yang diuruskannya. Oleh itu, dia mendapat satu idea dengan menukar segmen cinta yang dibawanya sebelum ini kepada segmen seram yang dinamakan sebagai "Remang Malam". Dalam segmen ini, DJ Ejay akan menerima panggilan telefon daripada pendengar yang akan menceritakan kisah-kisah seram yang pernah dihadapi mereka, dan juga kisah-kisah yang lazim berlaku dalam masyarakat Melayu.