Rempah_sapu

Rempah sapu ialah campuran rempah kisar yang bertujuan untuk disapu pada makanan mentah sebelum dimasak. Rempah itu membentuk lapisan pada makanan tersebut. Makanan itu boleh diperapkan dan dibiarkan supaya rasa rempah dapat diserapkan ke dalam makanan atau ia boleh dimasak sebaik sahaja makanan itu disapu. Rempah sapu juga boleh ditinggalkan pada makanan itu atau dikeluarkan sebahagiannya sebelum memasak. Rempah biasanya tidak dikisar sehingga halus. Selain daripada rempah, garam dan gula kekadang juga ditambah ke dalam rempah sapu, dengan garam bertujuan untuk memberikan rasa dan gula untuk menghasilkan karamel. Rempah sapu juga boleh mempunyai bahan-bahan yang lain seperti herba, bawang putih hancur, atau minyak yang ditambah untuk menjadikan pes. Rempah sapu yang paling sederhana terdiri hanya daripada lada hitam kisar kasar, misalnya Steak au poivre.Rempah sapu digunakan terutamanya untuk menyediakan daging dan ikan. Terdapat banyak resipi rempah sapu yang berbeza, dengan kebanyakannya menyasarkan jenis makanan yang tertentu. Campuran rempah yang dapat menghasilkan rempah sapu yang baik bagi sesuatu makanan berbeza-beza antara kawasan dan antara budaya.