Biografi Rempo_Urip

Urip dilahirkan di Purworejo, Jawa Barat, Hindia Timur Belanda, pada 10 Julai 1914.[1] Bapanya ialah seorang askar wong cilik.[2] Beliau berpindah ke Palembang di Sumatera Selatan bersama keluarganya semasa kecil dan menghadiri Sekolah Methodist Inggeris.[3] Beliau juga mengambil kursus bahasa Belanda.[1]

Beliau juga ialah seorang pemain bola sepak berbakat, pada 1934 beliau telah diminta menyertai syarikat teater Dardanella sebagai pemain bolasepak semasa jelajah Asia Selatan dan Tenggara. Setiap kali rombongan itu tiba di bandar baru, beliau dan Dardanella akan bermain di sukan pameran untuk menarik perhatian penonton.[1] Apabila tidak bermain bolasepak, Urip akan membantu dengan merekabentuk poster,[3] atau mengambil peranan sebagai pelakon tambahan.[2] Pada 1936, semasa menerbitkan adaptasi filem dari sandiwara Andjar Asmara, Dr Samsi di India, syarikat itu dibubarkan.[4] Selepas pembubaran Dardanella, Urip terbang pulang ke Hindia dan menyertai rombongan baru Asmara, Bolero, sehingga 1937, apabila beliau berhijrah ke Pagoda milik Fifi Young, di bawah Njoo Cheong Seng. Beliau kekal bersama syarikat itu sehingga 1939.[3]

Pada 1940 Urip menyertai Java Industrial Film (JIF) milik The Teng Chun. Beliau berkhidmat sebagai penolong pengarah Asmara untuk Kartinah (1940),[1] sebelum berhijrah ke Oriental Film untuk bekerja sebagai pengedar. Apabila syarikat itu ditutup pada pertengahan 1941, Urip kembali ke JIF dan berkhidmat sebagai penolong pengarah Asmara untuk Noesa Penida dan Ratna Moetoe Manikam.[3] Karya filem beliau terhenti sebaik berlakunya penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun pada Mac 1942, yang menutup semua studio filem di Hindia.[5] Semasa pendudukan (1942–45) dan berikutan revolusi nasional (1945–49), Urip kembali ke teater, pertama bersama Bintang Soerabaia milik Fred Young dan kemudian bersama Bintang Timoer milik Djamaluddin Malik.[3]

Selepas tamatnya revolusi, industri perfileman di Indonesia merdeka mula berkebmang pesat. Urip berkhidmat sebagai pembantu pengarah di bawah Fred Young untuk tiga filem dikeluarkan oleh Bintang Surabaja—Djembatan Merah, Harumanis, dan Bintang Surabaja 1951—sebelum berhijrah ke Persari milik Djamaluddin Malik yang baru ditubuhkan pada 1951. Beliau membuat penampilan filem pertama sebagai pengarah menerusi filem Rindu (1951) sebelum dihantar ke Manila untuk kursus pengarahan dan suntingan filem.[3] Sepanjag tempoh dua tahun di Filipina,[1] Urip mengarahkan dua filem untuk Persari: Rodrigo de Villa (1952) dan Leilani (1953). Kedua-duanya di Ansco Colour, melalui proses di Filipina kerana Indonesia keurangan peralatan mencukupi.[3][2]

Urip kembali ke Indonesia pada 1953 dan terus bekerja dengan Persari, pertama sebagai pengurus besar[2] dan kemudian sebagai pengarah, sehingga syarikat itu ditutup pada 1958. Beliau mengarahkan 10 filem dalam tempoh ini, dari Bintang Baru (1954) ke Karlina Marlina (1957). Setelah itu, beliau menjadi pengarah bebas dan, industri filem menjunam, kembali ke teater dengan rombongan Mas Gema selepas menamatkan Asmara dan Wanita (1961). Beliau hanya kembali ke pawagam pada tahun 1971, dengan Pendekar Sumur Tudjuh. Sejak enam tahun akan datang, beliau mengarahkan empat lagi filem, menamatkan kerjayanya sebagai pengarah, dengan Cobra pada tahun 1977.[1]

Pada 1989 Urip diiktiraf oleh Majelis Film Nasional atas sumbangannya kepada industri.[1]