Kemudahan Renggam

Kemudahan Sukan

Stadium Mini Bandar Renggam

Stadium Mini Bandar Renggam

  • Padang
  • Lampu ‘Spotlight'
  • Tempat Duduk Penonton
  • Tandas Lelaki/Wanita
  • Stor
  • Gerai
  • Bilik Suis

Kemudahan Lain

  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Bola Jaring

Kemudahan kesihatan

Klinik Kesihatan Renggam

Bagi kemudahan kesihatan, Bandar Renggam tidak mempunyai sebuah Hospital. Terdapat sebuah klinik kesihatan yang terletak berhampiran dengan Bandar Renggam.

Kemudahan Perpustakaan Awam

Pada masa kini Bandar Renggam mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Kawasan perumahan yang dikenali sebagai KEMAS. Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam. Perpustakaaan ini beroperasi dari hari ahad hingga khamis dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kemudahan Bomba

Renggam mempunyai sebuah balai bomba Kelas A iaitu Balai Bomba Daerah bertempat di Kampung Melayu Renggam.

Kemudahan Polis

Renggam mempunyai sebuah balai polis Kelas C iaitu Balai Polis Daerah bertempat di Kampung Melayu Renggam.Ketua Polis balai Renggam berpangkat Sarjan Mejor (SM) dan mempunyai kekuatan seramai 12 orang

Kemudahan Pos

Bersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di tengah-tengah bandar Renggam yang menyediakan perkhidmatan pos.

Kemudahan Internet

Internet dapat diakses melalui langganan perkhidmatan melalui Telekom Malaysia. Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan Streamyx dan Unifi di Renggam. Celcom dan SKMM juga menyediakan perkhidmatan yang sama untuk penduduk bandar Renggam.

Kemudahan Pengangkutan

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Stesen Keretapi Rengam

Rengam Railway Station

  • Perkhidmatan Keretapi Antarabandar

Semua perkhidmatan keretapi antarabandar dari selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan, akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen keretapi Renggam

  • Senarai Perkhidmatan KTM Antarabandar
  1. Ekspres Senandung Sutera: "No 25 turun 4.41am" (KL Sentral-Renggam-JB Sentral-Woodlands CIQ)
  2. Ekspres Sinaran Timur: "No 15 turun 6.15pm" (Tumpat-Renggam-JB Sentral-Woodlands CIQ)
  3. Ekspres Senandung Timuran: "No 26 naik 10.12pm" (Woodlands CIQ-JB Sentral-Renggam-Tumpat)
  4. Ekspres Sinaran Selatan: "No 12 naik 3.56pm" (Woodlands CIQ-JB Sentral-Renggam-KL Sentral)
  5. Transit Singapore-Tumpat: "91 naik 12.35pm / 92 turun 4.21pm" (Woodlands CIQ-JB Sentral-Renggam-Tumpat / Tumpat-Renggam-JB Sentral-Woodlands CIQ)

Terminal Bas Renggam

Renggam Bus Station, Pusat Bandar Renggam

  • Perkhidmatan Bas Antarabandar
  1. Renggam Bus Sdn. Bhd. (Renggam-Kluang & Renggam-Simpang Renggam)
  2. Layang-Layang Mini Bus (Renggam-Layang2)
  • Perkhidmatan Bas Ekspres
  1. Five Stars Express [The One Travel & Tours] : Renggam to Singapore & Johor Bahru (Bus from Kluang via Renggam & Simpang Renggam)
  • Perkhidmatan Teksi Bandar dan Antarabandar also depart in this terminal.