Rengginang
Rengginang

Rengginang

Rengginang atau keropok beras pulut ialah sejenis keropok tebal yang diperbuat dari beras pulut yang dibentuk bulat yang dikeringkan dengan dijemur di bawah panas matahari lalu digoreng panas dalam minyak.[1] Agak berbeza dari jenis keropok lain yang kebanyakannya diperbuat dari adunan bahan yang dikisar halus seperti tepung ubi kayu atau tumbukan biji belinjau, Rengginang tidak dihancurkan sehinggakan bentuk butiran pulutnya masih kelihatan. Biasanya Rengginang dibuat dengan ditambahkan bahan penyedap atau pemanis yang lazimnya diberi belacan dan terdapat juga yang menggunakan kencur, manakala yang manis diperisakan dengan gula kabung atau gula merah, Rengginang juga terdapat yang menggunakan beras pulut hitam. Rengginang biasanya perlu menggunakan beras pulut dan bukan beras biasa atau nasi sisa yang dikeringkan. Di Jawa Tengah juga terkenal makanan yang sama yang disebut intip goreng, iaitu kerak nasi sisa menanak yang melekat pada periuk yang kemudian dikeringkan dan digoreng. Perbezaan antara intip goreng dan Rengginang hanyalah pada ukurannya. Intip berukuran lebih besar berbanding Rengginang kerana dicetak dari bawah periuk penanak nasi.[2] Dalam pada itu, di beberapa tempat di Jawa Barat, terkenal pula makanan berbentuk serupa namun dengan bahan ubi yang disebut renggining.Rengginang dapat digoreng tanpa diberi perencah mahupun rasa, masin atau manis. Terdapat jenis rengginang yang diberi perasa udang, belacan, atau siput buluh.

Rengginang

Suhu penghidangan Suhu bilik
Dicipta oleh Orang Sunda dan Jawa
Jenis sajian Makanan ringan
Kawasan Pulau Jawa
Bahan utama beras pulut yang telah dimasak dikeringkan dengan dijemur lalu digoreng dalam minyak
Tempat asal  Indonesia

Berkaitan