Persamaan Reog

Sejenis tarian yang dikenali sebagai tarian Barongan yang ditarikan di Malaysia, terutama di Johor turut menyerupai tarian Reog. [3]. Tarian Barongan, memiliki prop yang sama dan utama iaitu topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu burung Merak. Rakyat Ponorogo, Indonesia sangat marah dengan hal ini dan memprotes Malaysia dan menganggap Malaysia telah meniru tarian Reog. Pengamal tarian Reog juga mengancam penghantaran dadak merak ke Malaysia. [4], [5]