Republik_Hawaii
Republik_Hawaii

Republik_Hawaii

Republik Hawaii adalah nama rasmi untuk Hawaii dari 1894 ke 1898 apabila ia ditadbir sebagai sebuah republik. Zaman republik berlaku di antara pentadbiran Pemerintah Sementara Hawaii yang berakhir pada 4 Julai 1894 dan persetujuan kepada Ketetapan Newlands di Kongres Amerika Syarikat di mana Republik Hawaii digabungkan ke dalam Amerika Syarikat dan menjadi Wilayah Hawaii pada 7 Julai, 1898.Orang-orang penting dalam republik ini adalah dari pelbagai bangsa. Mereka termasuk Sanford B. Dole dan Lorrin A. Thurston, keduanya berketurunan Eropah tetapi dilahirkan di Hawaii dan boleh bertutur dalam bahasa Hawaii dengan baik. Dole sebelumnya adalah seorang anggota dewan perundangan dari Koloa, Kaua'i dan juga seorang hakim di Mahkamah Tinggi. Thurston pula telah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah Raja Kalakaua. Speaker parlimen republik ini adalah seorang penduduk asal Hawaii, John Kaulukou yang pro-raja dan menentang pergabungan dengan Amerika Syarikat.