Perkembangan Republik_Sosialis_Soviet_Azerbaijan

Republik ini terbentuk selepas menyerahnya Republik Demokratik Azerbaijan yang dipimpin oleh Mirza Davud dan Nariman Narimanov. Kesatuan Soviet dan R.D. Azerbaijan bersetuju perjanjian perdamaian pada Ogos 1920 di Yerevan, yang isinya bahawa RD Azerbaijan tetap berhak kepada pemerintahannya. Tapi, perjanjian ini dilanggar oleh Kesatuan Soviet yang menghantar mereka yang bersimpati dengan Bolshevik di Azerbaijan. Tentera R.D. Azerbaijan terpaksa menyerah, dan para Bolshevik di Azerbaijan mengisytiharkan RSS Azerbaijan.

Perkembangan ekonomi di Azerbaijan berkembang setelah ladang minyak ditemui di: Teluk Ilyich, Qara-Chukur, dan Lok Batan. Pada tahun 1929, di adakan kolkhoz (pertanian berkelompok) besar-besaran di bidang pertanian. dan pada 15 Mac 1931, Azerbaijan yang membekalkan sekitar 60% stok minyak untuk Kesatuan Soviet, mendapatkan Hadiah Lenin.