Rawatan Reput_fros

Jangan membuatkan bahagian yang tercedera (kulit) bersentuhan dengan objek panas atau sejuk. Kekalkan bahagian yang tercedera suam. Pengubatan reput fros mengutamakan pemanasan (dan mungkin pencairan) tisu-tisu yang terjejas. Pencairan hanya boleh dilakukan di dalam persekitaran yang suam dan stabil. Jika tisu yang telah dipanaskan membeku semula, ia akan membawa lebih banyak kecederaan kepada tisu tersebut. Jika tisu-tisu yang mengalami reput fros digerakkan terlalu banyak, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam tisu-tisu tersebut akan merosakkan lagi tisu itu. Jadi, menganduh dan/atau membalut bahagian badan yang terkena reput fros adalah digalakkan kerana ia menghalang pergerakan-pergerakan di atas. Atas sebab yang sama, perbuatan menggosok, mengurut, menggoncang, atau apa-apa yang melibatkan penggunaan daya fizikal ke atas bahagian yang tercedera, sebagai percubaan untuk memanaskan bahagian itu semula, adalah merbahaya.[6] Bahagian yang tercedera sepatutnya tidak dipanaskan dengan pantas sehingga pembekuan semula dapat dicegah.

Pemanasan bahagian badan yang terkena reput fros boleh dilakukan melalui dua cara:

  • Pemanasan pasif[7] melibatkan penggunaan suhu persekitaran atau suhu badan untuk membantu badan pesakit memanas sendiri. Contoh-contohnya ialah menutup pesakit dengan selimut, atau membawanya ke tempat yang lebih panas.[8]
  • Pemanasan aktif[7] ialah pemberian haba secara terus kepada seseorang, biasanya sebagai rawatan tambahan yang disertakan dalam pemanasan pasif. Pemanasan aktif memerlukan lebih banyak peralatan dan agak sukar dilakukan di luar hospital.[6] Apabila dilakukan, tisu yang membeku akan cuba dicairkan secepat mungkin tanpa membakar tisu itu sendiri. Ini adalah lebih baik kerana ia dapat mengurangkan jumlah kecederaan yang dialami oleh tisu-tisu semasa membeku.[6] Pemanasan aktif biasanya dilakukan dengan merendam tisu yang tercedera di dalam air bersuhu 40-42°C (104-108°F). Pemanasan tisu periferi juga dapat meningkatkan pengaliran darah daripada bahagian tercedera ini kembali ke teras badan. Ini mampu menurunkan suhu badan teras dan meningkatkan risiko degupan jantung tidak sekata.[9]

Pembedahan

Pemotongan tisu nekrotik biasanya ditangguh-tangguhkan. Ini membawa kepada pepatah "Membeku pada Januari, dipotong pada Julai"[10] dengan pengecualian hanya kepada kes-kes yang melibatkan jangkitan gangren.[11]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Reput_fros http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb31167.htm http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/0011-2... http://www.emedicine.com/derm/topic833.htm http://www.emedicine.com/emerg/topic209.htm http://www.emedicine.com/med/topic2815.htm http://www.emedicine.com/ped/topic803.htm http://www.emedicinehealth.com/frostbite/article_e... http://www.mayoclinic.com/health/first-aid-frostbi...