Sejarah RetailMeNot

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2006 oleh usahawan Australia Guy King dan Bevan Clark. Kedua-duanya sebelum ini telah bekerjasama di laman web BugMeNot, sebuah tapak yang membenarkan pengguna berkongsi identiti palsu untuk mengelakkan darik perkongsian maklumat diri untuk pendaftaran tapak web, pengaksesan laman kandungan berbayar, dan sistem pengurusan kandungan. [4] [5] Syarikat itu telah diambil alih oleh syarikat Whaleshark Media pada tahun 2010. [6] Syarikat itu berjaya mengumpulkan $300 juta dalam pembiayaan daripada beberapa syarikat pelaburan Austin Ventures, Norwest Venture Partners, Adams Street Partners, Institutional Venture Partners, JP Morgan dan Google Ventures . [7] Selepas beberapa tempoh, syarikat ini memperoleh laman web kupon RetailMeNot.com yang telah diasaskan dari Australia dan syarikat itu menukar namanya kepada RetailMeNot pada tahun 2013 .

Whaleshark Media memperoleh tapak laman web tersebut[yang mana?] di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas menukar namanya kepada RetailMeNot pada Jun tahun 2013 untuk tujuan penjenamaan semula, syarikat itu memfailkan IPO untuk $230 juta USD pada tahun 2013. [8] Pada April tahun 2017 Harland Clarke Holdings, (HCH) sebuah syarikat perkhidmatan pembayaran dan pemasaran, mengumumkan untuk memperoleh RetailMeNot dalam sebuah perjanjian bernilai $630 juta dalam ekuiti. [9] Pada 6 Februari tahun 2020 HCH mengumumkan bahawa ia akan melancarkan semula dirinya sebagai Vericast. [10]

Syarikat itu menubuhkan Hari Pulangan Tunai Kebangsaan tahunan (Annual National Cashback Day) pada bulan November di mana para pembeli boleh menerima pulangan tunai sehingga 20% untuk pembelian dalam talian yang dibuat pada hari tersebut. Sebanyak kira-kira 300 peruncit nasional seperti Banana Republic, Bloomingdale's, Estée Lauder, Gap dan Macy's juga mengikut serta promosi tersebut. [11]

Pada September tahun 2020, RetailMeNot terlibat dalam sebuah perbincangan awal dengan sebuah bakal pembeli syarikat, dengan harga sasaran antara $500 dan $600 juta. [12] Pada 29 September tahun 2020, J2 Global, Inc. —sebuah syarikat perkhidmatan maklumat internet terkemuka—mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah perjanjian pembelian untuk memperoleh RetailMeNot daripada Vericast dengan harga kira-kira $420 juta. [13] Pengambilalihan telah selesai pada Oktober tahun 2020. [14]

Rujukan

WikiPedia: RetailMeNot http://www.smh.com.au/news/web/meet-mr-bugmenot/20... http://couponsinthenews.com/2015/09/29/retailmenot... http://whois.domaintools.com/retailmenot.com http://www.foxbusiness.com/technology/2013/06/18/c... http://marketingland.com/mary-kay-cosmetics-sues-r... http://retailmenot.com https://www.512tech.com/technology/with-acquisitio... https://www.adweek.com/digital/whaleshark-acquires... https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-09-16... https://www.businesswire.com/news/home/20110816005...