† Kemunculan (Gol).
Ricardo Iván Rodríguez Araya (Sebutan Sepanyol:
[riˈkaɾðo roˈðɾiɣeθ]; lahir 25 Ogos 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Switzerland yang beraksi di posisi
bek kiri untuk kelab Itali,
Milan. Beliau dikenali sebagai seorang pertahanan yang rajin dengan kemahiran menanduk bolanya
[4] serta kemampuan untuk melakukan hantaran lintang atau "cross".
[5] Rodríguez juga merupakan seorang pemain yang bijak dan mahir mencari ruang dan mempunyai kemahiran menyudahkan tendangan penalti.Bapanya merupakan orang Sepanyol manakala ibunya merupakan orang Chile yang mempunyai darah Basque, Rodríguez memulakan kariernya bersama kelab tempatan,
FC Zürich pada tahun 2010 setelah lapan tahun bersama akademi kelab tersebut. Pada tahun 2012, Rodríguez telah dijual ke
Wolfsburg pada Januari 2012 dengan nilai £7.5 juta. Beliau beraksi dalam 184 perlawanan dalam semua kejohanan untuk Wolfsburg dan menjaringkan 22 gol. Beliau turut berjaya memenangi trofi
DFB-Pokal dan
DFL-Supercup bersama Wolfsburg pada tahun 2015. Pada tahun 2017, beliau melakukan perpindahan ke
AC Milan.Setelah melakukan penampilan sulungnya untuk
Switzerland pada tahun 2011, Rodríguez telah mewakili Switzerland di dalam 60 perlawanan antarabangsa. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Switzerland yang mengambil bahagian dalam kejohanan
Sukan Olimpik 2012,
Piala Dunia 2014,
UEFA Euro 2016 dan
Piala Dunia 2018. Pada tahun 2014, beliau telah diundi sebagai
Pemain Bola Sepak Terbaik Switzerland.
[6]