Richard_Thaler
Richard_Thaler

Richard_Thaler

Richard H. Thaler (/ˈθeɪlər/; lahir 12 September 1945) merupakan ahli ekonomi Amerika Syarikat dan profesor Ekonomi dan Sains Tingkahlaku di Universiti Chicago.Beliau terkenal sebagai ahli teori dalam ekonomi tingkahlaku dan kerjasama beliau dengan beberapa tokoh lain seperti Daniel Kahneman dalam bidang ini. Pada tahun 2017, Thaler telah dihadiahkan Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi[1][2] untuk sumbangannya dalam ekonomi tingkahlaku.[3][4] Apabila membincangkan pemilihan Thaler untuk menerima Hadiah Nobel tersebut, Akademi Sains Diraja Sweden menegaskan bahawa "sumbangannya telah membina jambatan antara analisis ekonomi dan psikologi dalam membuat keputusan individu. Penemuan empirikal dan pemahaman teoritisnya telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan bidang ekonomi tingkahlaku yang baru dan pesat berkembang."[5]

Richard_Thaler

Lahir (1945-09-12) 12 September 1945 (umur 74)
East Orange, New Jersey, Amerika Syarikat
Tesis The Value of Saving a Life: A Market Estimate (1974)
Anugerah Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (2017)
Bidang Ekonomi Tingkahlaku
Pengaruh Daniel Kahneman
Herbert A. Simon
Pendidikan Case Western Reserve University (BA)
University of Rochester (MA, PhD)
Penasihat kedoktoran Sherwin Rosen
Institusi Graduate School of Management at the University of Rochester (1974–1978)
Johnson School of Management at Cornell University (1978–1995)
Booth School of Business at the University of Chicago (1995–present)
Dipengaruhi oleh George Loewenstein
Dan Ariely