Sejarah Rif

Kerajaan Nekkor pernah didirikan berpusat di teluk Alhoceima dari abad ke-8 hingga abad ke-11. Ia menjadi tarikan banyak penduduk Islam yang melarikan diri berlindung daripada penaklukan semula Al-Andalus oleh raja-raja Kristian Sepanyol pada abad ke-15

Ia dimasukkan dalam pengaruh Sepanyol pada tahun 1912.

Suatu pergerakan pemberontakan dilaksanakan atas pimpinan Abdelkrim el-Khattabi dilakukan melalui perang gerilya. Sebuah republik diiisytiharkan penduduk setempat kawasan ini pada tahun 1921, peperangan balas dilakukan pihak Sepanyol sepanjang dekad sama sebelum diteruskan pihak Perancis yang berjaya menewaskan republik ini dan membuang negeri para pejuang kemerdekaan tersebut.

Pergolakan bersenjata masih dilangsungkan para askar gerilya Barbar tidak lama selepas merdekanya Maghribi dari 1958 hingga 1959 sebagai tindak balas terhadap keadaan penduduk utara Maghribi yang terabai.[2] Sebanyak 3,000 orang dilaporkan terkorban dalam konflik ini.[3]