Rijsttafel
Rijsttafel

Rijsttafel

Rijsttafel Indonesia, suatu perkataan bahasa Belanda yang secara harfiah diterjemahkan ke "meja nasi", adalah makanan berhias yang disesuaikan oleh orang Belanda dari jamuan Indonesia yang bergelar nasi padang. Ia terdiri dari banyak hidangan sampingan (40 bukan nombor yang luar biasa) dihidang dalam bahagian kecil, diiringi oleh nasi yang disediakan dalam beberapa cara berlainan. Hidangan sampingan masyhur termasuk rol telur, sambal, sate, ikan, buah, sayur-sayuran, acar, dan kacang. Di kebanyakan kawasan di mana ia disediakan, seperti Indonesia, Belanda, dan kawasan lain yang ada pengaruh besar Belanda (seperti sebahagian dari Hindia Barat), ia juga dikenali dengan nama Belandanya.Jamuan tanah jajahan Belanda, rijsttafel, telah dicipta untuk memberikan jamuan jenis perayaan dan rasmi suatu hidangan yang akan mewakili sifat pelbagai etnik kepulauan Indonesia. Hidangan dihimpun dari banyak rantau jauh Indonesia, di mana masakan berlainan wujud, seringkali ditentukan oleh agama pulau atau kumpulan pulau tersebut - masakan vegetarian dari pulau Bali yang lebih banyak orang Hindu, masakan halal dari rantau Sumatera, dan banyak lagi dari beratus-ratus pulau yang diduduki, yang mengetahui lebih daripada 300 kumpulan serantau dan etnik. Dibawa balik ke Belanda oleh bekas para penjajah dan orang Indonesia yang dibuang negara seleaps Indonesia mencapai kemerdekaannya pada 1945, rijsttafel menjadi masyhur dengan keluarga Belanda dengan akar penjajahan. Selama dua dekad yang lalu, bagaimanapun, makanan Indonesia telah menjadi sebahagian dari minat aliran utama kepada masakan Asia Tenggara, dan telah menyebabkan pertambahan kedai makan Indonesia di Belanda.Lebih kepada sebuah jamuan dari hidangan biasa, rijsttafel terus hidup setelah kemerdekaan Indonesia, oleh kerana ia terdiri dari hidangan masakan Indonesia tempatan, dan disediakan di banyak kedai makan aliran utama di Indonesia. Suatu rijsttafel lazimnya akan menggunakan beberapa meja makan yang diliputi dengan berlainan hidangan, sementara di sesetengah persekitaran mewah di Indonesia setiap hidangan mungkin dihidangkan oleh pelayan yang berbeza.Rijsttafel berusaha untuk memaparkan bukan sahaja kepelbagaian perisa dan warna dan tahap kepedasan tetapi juga tekstur, suatu aspek yang jarang dibincangkan secara umum dalam makanan barat. Tekstur ini termasuk rangup, kenyal, licin, lembut, keras, lembut macam baldu, lembik, dan agak cair.