Acar
Acar

Acar

Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk[1]. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.