Riyad_Farid_Hijab
Riyad_Farid_Hijab

Riyad_Farid_Hijab

Riyad Farid Hijab (Bahasa Arab: الدكتور رياض فريد حجاب‎), lahir 1956, ialah seorang ahli politik Syria. Beliau menjadi Perdana Menteri Syria dari Jun hingga Ogos 2012, berkhidmat di bawah Presiden Bashar al-Assad. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Pertanian dari April 2011.Pada 6 Ogos 2012, beliau dilaporkan telah berpaling tadah kepada pihak pemberontak dalam perang saudara Syria. Ini disahkan oleh kerajaan Syria, dengan menteri maklumat Omran al-Zoub menyatakan "pelarian sesetengah personaliti, tidak kira seberapa tinggi pangkat, tidak akan memberi kesan kepada negara Syria" dan "tidak ada masalah" menggantikan pembelot.[1]Bekas jurucakap Hijab, Mohammad Otari berkata bahawa Hijab meletak jawatan, dan beliau serta keluarganya menuju Jordan pada 6 Ogos 2012.[2][3] TV kerajaan pula melaporkan yang Hijab "dipecat" dan Timbalan PM Omar Ibrahim Ghalawanji akan menjadi pemangku.[2][4] Mengikut Otari, Hijab telah beberapa bulan merancang berpaling tadah dengan bantuan Tentera Pembebasan Syria.[3][5][6][7]