Kerjaya Riz_Amin

Selepas mengambil bahagian dalam pertandingan Hero Remaja 2003/2004 yang turut disertai oleh Ryzal Jaafar, Riz telah banyak menghiasi drama dan telefilem tempatan. Beliau bagaimanapun, paling dikenali menerusi watak sebagai Zahid dalam drama Si Capik yang dibintangi oleh Zach X-Factor dan lain-lain.[6]

Kerjaya filem Riz bermula dengan membintangi filem Impak Maksima (2007) arahan Ahmad Idham, diikuti oleh lakonan bersama Remy Ishak dalam filem 29 Februari (2012), kemudian diikuti oleh Hantu Kapcai juga lakonan Remy dan Zizan Razak.[7]

Riz bersama-sama dengan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Ray.[8]