Rizobakteria

Rizobakteria efektif adalah kumpulan bakteria efektif dan berfaedah yang mengkolonisasi akar tumbuhan. Kolonisasi bakteria dengan akar tumbuhan memberi kesan berfaedah kepada tumbuhan menerusi beberapa mekanisme berfaedah oleh bakteria berkenaan iaitu pengikatan gas nitrogen, menguraikan fosfat dan potasium, menghasilkan hormon pertumbuhan seperti auksin, sitokinin, dan giberilin[1][2].