Rock (siri filem)

Rock ialah siri filem komedi muzikal Malaysia yang terdiri daripada kesemua empat filem yang diarahkan dan ditulis oleh Mamat Khalid terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Dalam tiga filem daripada empat siri filem ini, ia mengisahkan tentang jatuh dan bangun kumpulan rock cereka Rimba Bara dalam menempa nama di persada seni suara tanah air. Dalam filem keempat dan terkini, ia mengisahkan Rimba Bara, yang kini kembali hangat dengan nama Rimba Bara 2 serta ahli baru. Francais filem ini bermula dengan tayangan filem pertama, Rock pada 8 Disember 2005,[1][2] kemudian diikuti oleh dua filem susulannya Rock Oo! pada 28 Februari 2013[3][4][5] dan Rock Bro! pada 27 Oktober 2016.[6][7][8][9] Ansuran keempat dan terakhir dalam francais filem ini, Rock 4: Rockers Never Dai ditayangkan pada 20 Februari 2020.[10]

Rock (siri filem)

Negara Malaysia
Sinematografi
  • Marzuki Hashim (1)
  • Roszali Samad (1)
  • Raja Mukhriz Raja Kamaruddin (2)
  • Teck Zee Tan (3)
  • Jack Rahmad (4)
Disunting oleh
  • Zappa Khalid (1-4)
  • Amen Khalid (2-4)
Syarikatpenerbitan
Mula ditayangkan
  • 1: 8 Disember 2005
  • 2: 28 Februari 2013
  • 3: 27 Oktober 2016
  • 4: 20 Februari 2020
Pengarah Mamat Khalid
Bahasa Melayu
Muzik oleh
Tempoh tayangan 358 minit (1–4)
Penulis Mamat Khalid
Penerbit
  • Lazizah Ahmad (1)
  • Ahmad Puad Onah (1)
  • Tengku Iesta Tengku Alaudin (2-3)
  • Jalena Rejab (2)
  • Mamat Khalid (3-4)
  • Irene Mariena Mohamed (3-4)
  • Hasmah Hassan (3-4)

Rujukan

WikiPedia: Rock (siri filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-s... http://star-ecentral.com/services/sprinterfriendly... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2020/01/... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2013/03/... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2016/11/... https://www.nst.com.my/news/2016/10/180271/rock-so... https://www.nst.com.my/news/2016/10/183833/movie-r... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment...