Mamat_Khalid
Mamat_Khalid

Mamat_Khalid

Mohamad bin Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid (lahir 6 April 1963)[1] ialah seorang pengarah filem dan penulis lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang kerani kerajaan dan isterinya seorang surirumah, Mamat memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman. Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana. Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016). Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018. Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Mamat_Khalid http://english.astroawani.com/entertainment-news/f... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/apokalips... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/husin-mon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/manap-kar... http://www.astroawani.com/video-hiburan/16-puasa-s... http://tempurungpecah.blogspot.com http://www.budiey.com/filem-zombi-kampung-pisang-k... http://www.calmille.com/news/?p=708 http://www.filemkita.com/filem/t/tipah_tertipu_01.... http://www.gempak.com/artikel/7486/hantu-kak-limah...