Penerbitan Rock_Bro!

Filem Rock boleh dianggap sebagai naskhah paling berjaya hasil sentuhan pengarah yang terkenal dengan keunikannya, Mamat Khalid. Memasuki sekuel ketiga berjudul Rock Bro!, Mamat memberitahu, naskhah itu merupakan francais terakhir bagi filem fenomena tersebut. “Sejak pertama kali francais ini ditayangkan pada tahun 2005 melalui judul yang dikenali sebagai Rock, ia lebih menceritakan mengenai permulaan kisah sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi sebuah kumpulan rock ternama di Malaysia.“Selepas itu, sekuel kedua iaitu Rock Oo! pula menceritakan mengenai zaman transisi dan kejayaan sebagai kumpulan rock dalam meneruskan survival perjuangan rock mereka sewaktu itu. “Bagaimanapun, menerusi francais terakhir filem tersebut yang dikenali sebagai Rock Bro!, filem ini menyaksikan zaman kejatuhan irama rock dalam menghadapi pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre baharu lain dalam industri muzik Malaysia. Jadi secara keseluruhan, filem Rock Bro! akan menjadi filem penutup bagi francais filem Rock ini,” kata Mamat.[5] Selain itu Mamat Khalid juaga, berkata pembikinan terkini Rock Bro! akan menjadi yang terakhir dan tidak akan ada lagi kesinambungan kepada francais filem tersebut. "Kerja terbaru saya adalah lebih peribadi dan yang terakhir untuk Rock"trilogi dan ia adalah mustahil bagi saya untuk menghasilkan kesinambungan.“Hanya tiga filem Rock sudah memadai," Menurut pengarah tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan filem yang "lebih peribadi", ia adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia bukan sahaja mengenai kugiran ini Rimba Bara tetapi juga perjuangan semasa era rock di Malaysia sekitar tahun 90-an awal.[6]

Filem ini merupakan sekuel akhir bagi plot perjalanan kumpulan Rimba Bara. Berbekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Baharon dan Kamarul Haji Yusof, ia mengisahkan bagaimana mereka mengharungi zaman penurunan pengaruh muzik rock tanah air. Que Haidar yang memegang watak Amy Mat Piah tidak menyertai filem tersebut atas faktor komitmen lain. Namun terdapat cameo dalam babak awal filem. Ketiadaan watak Amy Mat Piah agak memberi impak kepada teman seperjuangan serta penonton yang mengikuti sekuel tersebut daripada filem rock yang pertama. Khir Rahman cuba memujuk Que untuk menjayakan filem tersebut namun menghormati keputusan yang telah dibuat.

“Sejujurnya saya terkilan kerana mereka yang berlakon bersama sejak filem Rock pertama tidak dapat turut serta pada kali ini. Namun, perasaan itu wujud bukan bagi membangkitkan aura negatif. Saya dan Que rapat ibarat adik beradik malah kami ada berbincang mengenai perihal pembikinan Rock Bro! hingga tidak sedar perbualan itu memakan masa lapan jam. Dari situ saya mula memahami situasi dan prinsipnya. Filem Rock Bro! memberi sentuhan peribadi dalam diri. Kami saling menyokong karakter masing-masing menerusi filem sebelum ini. Cuma lebih manis dan penuh nostalgia jika mereka ada bersama untuk filem terakhir ini”.[7]

Hasnul Rahmat juga tidak menyertai pembikinan filem ini dan watak Zack dibawa oleh Esma Daniel yang mana beliau menggalas watak Zack yang sudah berusia. Watak Ratu rock Malaysia, Ella dilakonkan oleh Amy Juliet. Mamat Khalid dalam ulasannya mengenai watak Ella menyebut,

“Kita mahu kaitkan industri rock tanah air pada masa lalu turut menampilkan artis rock wanita dan kita mahu penonton mengimbau kenangan lalu bahawa muzik rock turut mempunyai penyanyi rock wanita”.[8]

Selain itu, beberapa nama-nama besar dalam industri musik dan hiburan membuat penampilan khas iaitu Dato' Hattan, Man Kidal, Black Wings, Syuib Sepahtu Jihan Musa dan Kaka. 

Penggambaran

Proses pengambaran dijalankan di sekitar negeri Perak.

Rujukan

WikiPedia: Rock_Bro! http://www.imdb.com/title/tt6109862/ http://sports.yahoo.com/news/mamat-khalid-rock-bro... http://www.bharian.com.my/node/197241 http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://postmetro.net/ella-berlakon-dalam-filem-roc... http://www.suara.tv/2016/11/03/rock-bro-pengakhira... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2016/11/... https://www.nst.com.my/news/2016/10/180271/rock-so... https://www.nst.com.my/news/2016/10/183833/movie-r...