Trivia Rock_Oo!

Kumpulan Rimba Bara sedang mandi dalam kolam
  • Watak Slash Haji Tapah diinspirasikan daripada gitaris handalan kumpulan Guns N' Roses, Slash[14]
  • Lagu "Teratai" (nyanyian Ramli Sarip) dinyanyikan sendiri oleh Que Haidar[15], serta di akhir nyanyian itu, Amy (Que Haidar) meniru gaya Ramli Sarip sewaktu Konsert Sejuta Wajah di Stadium Merdeka[16]
  • Filem ini turut menyelitkan gaya-gaya kumpulan rock di waktu itu. Antaranya, mandi dalam kolam seperti kulit album Hukum Karma. [17]
  • Filem ini berjaya menarik hati peminat kerana tidak menggunakan unsur-unsur masa kini sejurus membawa penonton ke zaman nostalgia 80-an hingga 90-an. [18]
  • Babak di mana pemain bes Malaikat Maut menggigit kepala itik diinspirasikan daripada insiden Ozzy Osbourne menggigit kepala kelawar di atas pentas, satu peristiwa yang disifatkan ikonik dalam sejarah muzik rock 80-an.
  • Ketika mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus mereka (yang ditangkap oleh pihak polis), Jijoe mengucapkan sebaris ayat, "... Kalau sabun jatuh jangan pungut...". Ayat ini sebenarnya merujuk kepada satu titik waktu di Malaysia sekitar akhir 80-an bilamana beberapa kes awal AIDS telah dikesan.
  • Rosli Mohalim (gitaris Sweet Charity) membuat penampilan istimewa pada babak konsert garaj dalam filem ini.
  • Pyan Habib membawa watak Pak Andak (orang yang bertanggungjawab menamakan kugiran Rimba Bara). Menariknya, beliau masih membawa persona dialog watak Osman Tikus (watak beliau dalam filem Kembara). Filem Kembara ialah salah satu filem ikonik yang memperjuangkan aliran rock nusantara.
  • Babak akhir imbas kembali untuk filem ini memaparkan satu ikon yang sentiasa diingati dalam sejarah muzik rock tanah air, iaitu bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Suatu masa dahulu, beliau mengharamkan artis berambut panjang mengambil bahagian dalam program RTM. Isu ini masih segar dalam ingatan ahli-ahli rock Malaya.[19]

Rujukan

WikiPedia: Rock_Oo! http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-s... http://scaniaz.blogspot.com/2013/07/senarai-calon-... http://www.budiey.com/filem-rock-ooo-rimba-bara-ke... http://www.budiey.com/senarai-pemenang-anugerah-la... http://dailyseni.com/index.php/home/news/item/321-... http://www.imdb.com/title/tt2609050/ http://www.kakiwayang.com/filem-2013/rock-oo-filem... http://www.ohbulan.com/review-filem-rock-oo-rimba-... http://www.themalaysianinsider.com/opinion/aidil-r...