Roh_Moo-hyun
Roh_Moo-hyun

Roh_Moo-hyun

Roh Moo-hyun (IPA: [nomuʝʌn]; (6 Ogos 1946 - 23 Mei 2009) ialah Presiden Korea Selatan yang ke-16. Beliau memegang jawatan tersebut dari 25 Februari 2003 hingga 25 Februari 2008. Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai peguan hak asasi manusia.Kerjaya politik Roh sebelum menjadi presiden bertumpukan perjuangan hak asasi manusia untuk bersama golongan siswa di Korea Selatan. Di ambang kuasa, beliau memberi tumpuan pula kepada menentang regionalisme dalam politik Korea Selatan, yang sekaligus membawa kepada jawatan presiden. Pemilihan beliau banyak dipengaruhi oleh para aktivis di Internet, kali pertama Internet menjadi medan pengaruh pilihan raya Korea.[1]Pelantikan Roh sebagai presiden menjadi peristiwa penting kerana menandakan penguasaan generasi baru bergelar Generasi 386, (golongan berusia 30-an apabila gelaran tersebut dicipta, pernah masuk universiti pada zaman 1980-an, dan lahir di zaman 1960-an) dalam persada politik Korea Selatan.[2] Generasi ini pernah menimba pengalaman dalam tunjuk perasaan golongan siswa menentang pemerintahan autoritarian, serta mendukung pendirian nasionalis yang tegas terhadap Amerika Syarikat dan Jepun, serta pendekatan berdamai dengan Korea Utara. Ramai golongan ini yang menyertai pentadbiran Roh.[3]Walaupun mulanya ditaruh harapan tinggi,[4] namun kepimpinan Roh diselubungi tuduhan kekurangan kecekapan, diburukkan lagi dengan keasyikan Roh berbalah dengan lawan-lawannya yang turut menjejaskan sokongan awam. Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti,[5] perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun. Kebanyakan kempen politik Roh yang kelihatan semberono, termasuk rancangan memindahkan ibu negara, dan rancangan membentuk parti campuran dengan pembangkang turut disambut hambar. 14 bulan selepas meletak jawatan, Roh terjerumus dalam skandal rasuah. Skandal ini, serta kerebahan ahli politik "paksi Pro-Roh",[6] kejatuhan Parti Uri dan ketumpasan pewarisnya iaitu Parti Demokratik di Perhimpunan Kebangsaan, dan kekalahan calon pewaris Roh di pilihan raya presiden, menandakan kejatuhan Generasi 386 yang pernah menjulang nama Roh.[7]Roh membunuh diri pada 23 Mei 2009 dengan menerjun dari cerun gunung, selepas meninggalkan pesanan akhir.[8] Kejadian tersebut disahkan oleh pihak polis.[9]

Rujukan

WikiPedia: Roh_Moo-hyun http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.newsweek.com/id/152611 http://www.newsweek.com/id/44498 http://www.newsweek.com/id/57807 http://www.nytimes.com/2003/02/25/opinion/democrac... http://www.hani.co.kr/arti/politics/bluehouse/3083... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2009/0... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2009/0... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/2008/... http://www.guardian.co.uk/technology/2003/feb/24/n...