Rohani_Abdul_Karim
Rohani_Abdul_Karim

Rohani_Abdul_Karim

Dato’ Sri Rohani Abdul Karim (lahir 3 Januari 1955) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional. Beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. Beliau turut menyertai jemaah menteri baru dalam majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 16 Mei 2013.Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013). Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh, iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018).[1][2]