Asal-usul Romanos_I_Lekapenos

Romanos Lekapenos dilahirkan di Lakape (Laqabin) yang terletak di antara Melitene dengan Samosata, dan namanya adalah bersempena nama tempat ini.. Baginda ialah anak seorang petani Armenia[1][2][3] yang bernama Theophylact. Semasa bertugas sebagai seorang askar, Theophylact telah menyelamatkan Maharaja Basil I daripada musuh dalam sebuah pertempuran di Tephrike lantas dianugerahkan kedudukan dalam Pengawal Diraja.[4] Walaupun Romanos tidak mendapat sebarang pendidikan yang bagus (yang mengakibatkan baginda dilayan dengan buruk oleh menantu lelakinya Konstantinos VII), baginda menaiki pangkat dalam tentera semasa pemerintahan Maharaja Leo VI yang Arif. Dalam tahun 911, beliau ialah jeneral tema laut Samos dan kemudiannya berkhidmat sebagai laksamana kapal perangnya (droungarios tou ploimou). Sebagai laksamana, baginda sepatutnya turut serta dalam operasi Byzantine menentang Bulgaria di Danube pada tahun 917, tetapi tidak mampu mengendalikan misinya. Akibat kekalahan besar Byzantine dalam Pertempuran Acheloos pada tahun 917 menentang Bulgaria, Romanos berlayar ke Constantinople, di mana beliau menewaskan kerejenan Maharani Zoe Karvounopsina dan Leo Phokas yang telah dimansuhkan.