Rompakan_Generasi

Generasi yang dirampas (Bahasa Inggeris: Stolen Generations) merujuk kepada polisi pengambilan golongan anak-anak orang asli Australia dan Kepulauan Selat Torres daripada keluarga mereka secara paksa oleh kerajaan Australia, pelbagai agensi kebajikan negeri dan mubaligh-mubaligh gereja melalui pelbagai akta Parlimen Australia. Akta Parlimen 1969 ini telah menafikan hak-hak ibu bapa kanak-kanak orang asli antara 1869 dan (secara rasminya) 1969.