Keluarga Rosnah_Mohd_Noor

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, (menamatkan pengajian di Australia), Wan Syamira Putri Octovia, dan Wan Syahera Putri Aprena. Sebaik menceburi bidang penerbitan, Rosnah mengambil keputusan berhenti berlakon kerana mahu memberi tumpuan pada RMN. Bagaimanapun apabila negara dilanda gawat pada tahun 1997, RMN terus menyerikan diri dan Rosnah menumpukan perhatian pada perniagaan lain.

Selepas berpisah dengan suami pertamanya, Iwan, Rosnah mendirikan perkahwinan keduanya pada tahun 1998 dengan Kazmin Kuzi.

Rosnah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini. Beliau sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu, sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 4 Ogos, pukul 2:55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).